Friday, 29 July 2011

Bertapaknya sofbol di SK Taman Molek

2004 - aku pulang dari MSSJ di kluang dengan kekalahan... perasan membalas dendam amat tinggi di masa itu... dengan bantuan Encik Rahman (PK koko) telah membeli alatan... aku pun mula mengatur langkah... dengan memilih beberapa murid.. aku mula melatih... nama yang mungkin cukup dikenali di tanahair dalam dunia sofbol- ikin @ Nurasyikin bt Rosli.. adalah murid yang pertama didikanku..berturut selepas itu.....bedah,wawa,huda md zin.. mak mon, syairah @ poi...

2005 - Pasukan sekolah siap untuk bertempur....
Nama- nama seperti Ikin , bedah , wawa , aniza , hafiza , shairah , mak mon , huda md zin, serta yang lain menjadi perintis segalanya..... hanya 3 pasukan sekolah sahaja terlibat... SK taman daya, kangka tebrau dan tmn Molek... Naib johan sahaja yang gagah di julang...

             

Thursday, 28 July 2011

Bermulanya disini....

Dalam erti kata sebenarnya.... sejak tujuh tahun yang lalu hingga ke hari ini... separuh jiwa diisikan dengan sejarah dan kenangan bersama sofbol.... seawal umur 13 tahun lagi aku bergelar pemain.. walaupun status sebagai mewakili sekolah tetapai cukup membuatkan aku meminati sukan sofbol ini.... dalam posisi 3rd base permulaannya menjadikan aku pemain yang paling kecil. aku juga dapat merasai posisi outfield serta 2nd base... sehinggalah 2 tahun penglibatan aku, aku telah bermain untuk posisi catcher.. posisi penting dalam permainan sofbol ini....di tahun itu juga dapatlah mewakili daerah ke peringkat negeri...

Padang Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara ( STABK ) seperti rumah kedua setiap petang... dan kerana sofbol itu juga aku telah dapat meneruskan pembelajaranku ke Sekolah menengah Vokasional Kluang... menjadi pemain mewakili sudah lumrah.... tetapi hanya setahun sahaja... arahan keras dari seorang yang bernama ibu...NO sukan-sukan...(Takleh main sofbol lagi...) di pendekkan cerita.. tak mainlah sofbol masa form 5...